Wednesday, 21 November 2012

Syukur pada Mu, Ya Allah!

Alhamdulillah, segala yang ku impikan dimakbulkan olehNya. Bersyukur yang teramat kerana mengurniakan hambamu ini --->>
  • Rezeki yang melimpah ruah
  • Memanjangkan umur
  • Kesihatan yang baik
  • Memiliki suami yang baik, memahami & lelaki soleh
  •  Mengurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah
  •  Kebahagian yang hakiki
.Amin. Grateful is everything.



Monday, 30 January 2012

:3 Months ♥ 3 Weeks ♥ 4 Days:


sabar itu membawa kebahagian
♥ BFF 



Inilah kawan2 sy yg sy tinggalkan kat JB tu.. 

best tau dapat kwn ngan dorg ni. Sporting giler.

Bila jumpa bykla gosip2 hangat~~ biasela wanita

Bila kami rindu, kami chat! kami calling2!

Bila Sy balik kg halaman, dorang akan plan utk keluar bsama!

Bila sy blk Jb sy xnak blk KL. sebab dunia sy di johorean! 

I love u so muchhhh ♥ 

Friend foreve  

Daripada 4 org di atas. sorang je da kawen. Yg lain cominggg sooon :)
Ini kawan sy yg paling sy RESPect! Ieta a.k.a Mummy Iman. Die paling nakal time skool.
Tp, now da ada anak sorang.
 Semoga menjadi sorang wife yg baik utk family :)
My BFF --> Asmida! Vokal bukan sekadar rupa tau! hahaa.
Kawan sy yg baru je kawen akhir thn lepas. Shafiqa a.k.a ika!
Smoga menjadi  isteri yg mithali :)
:)

Lain masa kita jumpa lg. Bye! Hug u oll.. (,")

Sunday, 15 January 2012

--->> Sekadar Mengetahui

Bukan senang hendak mengekalkan kebahagiaan rumahtangga terutama dalam zaman yang penuh dengan dugaan ini. Keperluan utama untuk mengekalkan kebahagiaan adalah konsisten mengekalkan suasana romantik dalam hubungan anda bersama pasangan anda. Berikut adalah 5 tips bagaimana hendak mengekalkan suasana romantik dalam rumahtangga sepanjang masa.

TIPS 1 : Jaga Penampilan Diri
Perlu sentiasa menjaga penampilan diri supaya nampak seksi dan menawan di mata pasangan masing–masing. Bagi lelaki, anda perkemaskan diri anda sepenuhnya. Jangan serabaikan muka anda dengan jambang yang tidak kemas dan sebagainya. Pakai baju yang seksi dan sasakan badan untuk sentiasa di perhatikan oleh isteri. Bagi isteri pula, hiasi diri ketika bersama suami di dalam rumah. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa mewangikan diri anda dengan wangian–wangian menggoda dan sensual. Pakai pakaian yang boleh menarik perhatian suami. Tukar penampilan rambut supaya suami tidak jemu melihat gaya yang sama sahaja. Wah!! gituuuuu...

TIPS 2: Perbanyakkan Sentuhan Sayang
Sentiasa menyentuh pasangan dengan perasaan sayang. Ketika berdua berjalan di luar, pegang tangan pasangan. Jangan lepaskan kecuali perlu. Ketika ada pulang ke rumah, peluk pasangan anda, cium dia, urut dia dan ucapkan kata-kata sayang. Jangan segan dan ego untuk lakukan perkara ini walaupun kelak sudah berusia. I Like..!!

TIPS 3: Bermain Cinta
Apabila bercakap, gunakan perkataan yang menggoda seperti sayang dan sebagainya. Pandang mata pasangan, tepat pada matanya. Sentiasa mendengar pasangan bercerita sehingga habis. Puji pasangan anda secara santai dan spontan. :))

TIPS 4: Wujudkan Suasana Romantik Di Rumah
Pastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan teratur. Apabila rumah kemas, akan rasa lebih tenang. Bagi lelaki, sentiasa tolong pasangan menguruskan rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Lakukannya bersama–sama dengan gembira dan santai. ♥♥♥

TIPS 5: Amalkan Kehidupan Seks Yang Sihat
Sentiasa ketahui kehendak seks pasangan. Perbaiki diri jika ditegur oleh pasangan. Katakan anda tidak puas, nyatakan masalah anda tersebut pada pasangan jika itulah apa yang dialami oleh anda. Selepas mengadakan hubungan seks, anda boleh mandi bersama–sama. Sentiasa mengubah posisi seks juga boleh memberi kepuasan yang berlainan setiap kali melakukan hubungan seks. Hehee. Malu nak tulis yg ini. :)

p/s: Kekawan info ini untuk menambahkan pengetahuan bersama. Sayang pipi kiri. sayang pipi kanan. jaga diri.. :D



Saturday, 14 January 2012

Astro Beyond from 

Besar jugakkan box beyond ni?? Dalam box tu ada piring dia..

 Ni box beyond decoder.

Decoder..

Remote...

Terima kasih bebanyak tau panggil installer utk pasang Astro beyond untuk sy. Hilang cikit boringnye. hehe. Nnt sy blanje awk makan oke . tQ again. Love u 

AKTIVITI MENGECAT.. 

Hye Kekawan..Selamat Pagi?? Pepagi bangun, x solat.. maklumlah cuti2 malaysia. Macam biasa minggu2 sebelum, bangun pagi cuci muka, mandi dan teruskan xtiviti mingguan dengan mengemas umah. mopping, lap2 habuk. Minggu ini, baju hantar dobi je. jangan ckp sy malas tau.. Masalah mesin basuh rosak dan nak tunggu ganti baru je. huhu. kesian kan?? Kalau minggu sebelumnye, sy pegi opis menyiapkan keje2 yg tertunggak. Tp, utk minggu ini, rehat dan chilll jap kat umah. Selepas mengemas n mopping bagai.. Teringat utk mengecat umah. bkn byk pun.. cikit je. kat part dapur. Nak jadikan cerita, dl sy punye umah bertemakan merah hitam. So, ada sticker bunga merah hitam kat part tu. Sticker tu sy cabut dan cat kat dinding tu ikut tanggal sama. Jadi, xcantik lorhh. Saya dengan rela mengecat semula disebabkan curtain umah da berubah kaler. Bile ade sedikit sticker bunga merah itam tu xcantikla kan. xkan nak pakai curtain tale + sticker bunga merah itam kan?? memang xcantik. tp, kalau u olll kata cantik itu namanya seni.. hehe :)

Korang, nampak x kat dinding tu?? cat tercabut. Nampak buruk kan??

Small saiz colorlite paint

Bersedia utk mengecat..... 

Bersungguh-sungguh tu kan??? Hahaaa.

 Tadaaaa.. Pandai x sy mengecat?? Hihik..

Inilah hasilnye. kemas kan?? hehee..


Akhirnye, selesai suda keje2 mengecat. byk plak cat ini lebih.. Nak watpe ek? Simpanlah dalam stor mana tau esok2 nak pakai lg kan. Sejuk cikit mata memandang. hehe :)) 


Dalam hati ada dia 
Cuba korang tgk di bawah ini.. Hahaa. :p

Repeat topic. Padahal time sekolah dl semua bab da sentuh.
Kali ini study lg utk Memasuki Gerbang Perkahwinan. :)))

Alhamdulillah. Syukur dan akhirnya ambil dan dapat jugak ini SIJIL.. :))

TEMA PERKAHWINAN KAMI. LOVE IT

Yang mane satu jadi pilihan hati kami ??.. Hahaa.

Tema 1st adalah  TEA ROSE & SALMON (The new PINK). Sweet.
Pompuan dan warna pink tidak dapat dipisahkan.  I am tired of u olls semua nak buat colour pink yang sepink-pinknya.  So,  kalau u olls nak buat pink jugak,  why not u olls tukar sikit atau mix match dengan warna tea rose ataupun salmon.  Tea rose dan satu lagi ialah salmon (ikan yang ampa makan mentah-mentah kat sushi tu).  Colour ni memang sangat sesuai untuk u olls buat colour lembut and pastel gitu.  U olls jugak boleh mix dengan warna off-white dan cream untuk dapatkan dekorasi ala-ala English wedding gitu. 

Dapat tak idea ni?  Dia sangat soft,  ada ala-ala oren sikit.  Macam peach pun ada. :)


Tema 2nd adalah  TEAL (Abang kepada Turquise). LIKE. :)))
This is not blue,  this is not green,  this is definitely not turqoise!  Inilah teal.  YES!!!!!!!!!!! Colour ini sangat cantek untuk modern atau traditional wedding.  Sesuai untuk majlis siang atau malam. LIKE. LIKE. hehe.

nice rite!!


Teal ini juga sangat sesuai untuk mix dengan colour soft example cream + silver.  

Tema 3 adalah ROYAL BLUE.
Amazing how warna ini boleh masuk dengan canteknya dengan warna kuning kan?  U olls mesti takut kan?  Tapi sebenarnya,  memang cantek kalau warna ini dicampur berdua.  Tapi u olls kena pandai pilih the right shades dan kat mana nak play with these two colours.  Silap aribulan nampak macam muje ranggede tau.




Tema 4 adalah EMERALD GREEN.
U ollls! Dulu Ziana Zain buat colour ni masa dia kawen dulu.  Why not sekarang kita start balik trend ini?  Kalau pakai dress hijau ini dengan bunga rose merah besak-besak cantek u olls!  Colour ini sangat sesuai untuk u olls yang nak buat klasik tradisional wedding.  Songket hijau emerel adalah sangat menampakkan u olls seorang pengantin yang mahal!

Ini contoh kalau u olls nak buat something yang lebih modern.  U olls gabungkan dengan warna kelabu dan offwhite.  Dapat inspirasi?

So, itulah 4 TEMA yang yang menjadi pilihan. So, nantikan TEMA mana yang menjadi pilihan YA.. :))
.Aku   kamuSelamanya.






Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. 
Ya Tuhanku, Aku akui kekuasaanmu, nikmat lagi rahmat buat diriku tidak terbalas olehku. YA ALLAH. YA TUHANKU, Hambamu ini mensyukuri rahmat yang kau beri, umpama rezeki yang melimpah ruah. YA ALLAH. Alhamdulillah. Dengan rahmatMU YA ALLAH, Kau pertemukan kami, Maka satukanlah hati kami, Titipkanlah rindu antara kami, Mekarkanlah cinta antara kami. Lantas, peliharalah kami YA ALLAH, teguh dalam syariat agama islam.
        YA RAHIM, Permudahkanlah jalan jodoh kami. Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur dengan rahmatMU.
YA ALLAH, Sinarilah hati kami dengan NUR IMAN yang bergemelapan agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya pinjaman sementara.
AMIN. AMIN. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Ombak Rindu by Adira n Hafiz