Sunday, 8 January 2012

Oyeahh!! Boleh Kahwin :)




Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ini. Syukran.. Minggu yang sudah, 7 dan 8 Januari 2011 (Sabtu dan Ahad) adalah hari yang sangat membuatkan hatiku gembira apabila kami berdua telah bercadang untuk mengikuti KURSUS PERKAHWINAN, bertempat di Presint 9, Putrajaya yang dihadiri seramai 110 Orang. Kebiasaan juga, dimana-mana tempat dipenuhi dengan wanita2 .



Banyak pelajaran yang telah disampaikan oleh ustaz dan ustazah. Ketawa sehingga tidak ingat dunia. Semua penceramah sporting dan langsung tidak membuatkan kami sume mengantuk. Tajuk yang dketengahkan adalah Cara menguruskan kewangan dan masa yang baik, kesihatan, akidah dan akhlak, prosedur perkahwinan dan sebagainya. Semua subjek dijelaskan sangat penting dan jelas. Semoga kami berdua dapat menjalani bahtera kebahagian didunia dan diakhirat.


Matlamat berkahwin kami adalah untuk mendapat:


1. Ketenangan;
2. Keseronokan; dan
3. Kebahagian.


Semoga Tuhan memberi kami kebahagian yang abadi. Amin :))


Lastly!! Oyehhhh.. kami da boleh kahwen. hehe ;p

Friday, 6 January 2012

SOGO, MID VALLEY, THE MINES & PUTRAJAYA

Hye, u ollls.. Assalamualaikum. cuti2 ni best berjalan dengan orang tersayang kan? hehe. Bukan senang ajak  Enche Abg saya masuk KL. Kalau xde tujuan mmg TIDAK ler kan.. nak menempuh jamned, panas lg.. memang hot laa. hehe. So, sampai ke destinasi 1 iaitu SOGO, Kuala Lumpur. Ingat nak cari handbag! tp, malangnye sales da abes. nak kena tunggu tahun baru cina plak. okeyla. Lepas membuat keputusan kami bercadang nak g hari sabtu 7hb. Time tu SALE tahun baru cina da start. xcited nak g. hihik. Tambahan, time tu ada Kursus Kahwin. Myb kami g malam kot. hehe. harap2 beg yang saya mau tu ade la SALE.hehe. So, lps jalan2 dekat Masjid India, kami singgah kat SEMUA HOUSE! Cari alQuran @ Tafsir. Kami grab alQuran. Kawan2 yang nak cari alQuran blh g sana. Cantek2 tau. hehe :)

Destinasi yang ke 2 adalah MID VALLEY. Ini Enche Abg sy punye cadangan. saja jejalan Window Shopping if ade yang berkenan boleh beli kan. x berkenan kami cuci2 mata je. lepas tu snap picture. hahaa. memang ENJOY!! besttttttt woooooooo... Ade cikit gambar comel dr kami. hehe :p

Cover ayu kan?? Maklumla Enche Abg yang snapkan.. hehe :)
:)))
Destinasi ke 3 iaitu The Mines.. jejalan cuci mata + window2 shopping jer dan menanti makan malam. hehe. Mmg masyukkk makan dekat Mcd (Ayam goreng mmg sedap.. spicy2 gitu.. mmg hot) + KFC (chezzy Wedgest.. my fovourite oke). Saya memang suda kuat makan skrg. hahaaa. gumuk cumel oke. hehe :)


Lastly, balik Putrajaya. letih teramat rsnye. tp, seronok. terima kasih Enche Abg. Sayang Awak dunia akhirat! :)D

Sunday, 1 January 2012

Seribu pengertian menyambut Tahun 2012



Syukur alhamdulillah diberi kesempatan dimuka bumi untuk terus hidup. Semoga tahun ini diberi rezeki yang melimpah. Dipanjangkan umur. Diberi kesihatan yang baik dan diberi kebahagiaan didunia dan diakhirat. Semoga apa yang kami rancangkan dipermudahkan dan direstui oleh ALLAH S.W.T. Sebagai Hamba Allah kita hanya boleh merancang dan ditentukan olehNYa.

Semua orang ada bina azam tahun baru. Hopefully, azam yang dibina datangnya dari hati yang suci. Insyaallah akan dimakbulkan, yang penting kena usaha dan selalu2 berdoa.

Azam Tahun Baru 2012:

1. Dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. (Solat 5 waktu). Wajib!
2. Memberi kebahagiaan kepada diri dan keluarga. 
3. Naik Pelamin. nak jadi raja sehari (InsyaAllah). hehe
4. Nak beli rumah area Johor Bahru. (Hopefully, dimakbulkan).
5. Fokus untuk kerja. xmau banyak mengeluh. jadi seorang yg profesional. 
6. Dapat asben yang memahami. (InsyaAllah)
7. Nak baby (boy @ girl) xkesah... :)
8. Maintain cumel... Wajib!
9. ???..... insyaAllah. harap yang baik2 saja. AMIN.


2012, memberi seribu pengertian dan sinar yang bahagian untuk kami. 
Ariza 4ever. lebiu. 

Saturday, 17 December 2011

Selamat Pengantin Baru



12.12. 2011, SELAMAT PENGANTIN BARU to my kazen Noranizah binti Abu Bakar dan pasangan. Alhamdulillah, semuanya bjalan dengan lancar. Walaupun ujan renyai2 membasahi bumi Allah. Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat dan dkurniakan cahaya mata yang sempurna. Amin.

Congratulation!
Cantik kan my kazen? Alhamdulillah. selesai sudah. 
hahaaa. 1st time jd pengapit. Debaran terasa! :)



^^ Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka ^^


Lelaki Suka:
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal


Lelaki Tak Suka:

  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

:: OMBAK RINDU ::


Bila la saya nak terjah CINEMA! nak tengok cerita OMBAK RINDU. Semua orang sibuk sebut2 pasal cerita ini. Kiri, Kanan, Atas, Bawah , Depan dan belakang semua cerita pasal ini. Bawah ini saya ada jumpe "Sinopsis Ombak Rindu". Jomla Kita baca sesama. :)



Sinopsis Filem Ombak Rindu 

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu? Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.


LIRIK LAGU OMBAK RINDU


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

**sayalah orang yang terakhir untuk menonton cerita OMBAK RINDU @ saya beli DVD saje.   Huhuk.




Saba Restaurant

Saba Restaurant?? Apa tu?.. Sebuah kedai makan yang agak terkenal di Cyberjaya. Makanan yang dsediakan memang sedap sangat! senang kata memang sesuai dengan tekak saya. 1st time g sana dengan kekawan opis. kedua, ketiga pun g sesama kekawan opis jugak. Dengan saya punye Chenta Hati belum penah pergi lagi. Kesian dia, saya asyik bcerita je pasal restaurant ni. xpe next time saya bawa awk g oke. (saya bukan xnak bwk tp, sy ni selalu sgt lupe jalan, nnt kalau sy da tahu jalan utk g sana saya bwk oke). hehe.


Jejalan Bersama Kekawanku

Selepas penat memerah tenaga mencari sesuap nasi, kami membuat rancangan utk berjimba2 bersama teman2ku (Cik Ain dan Puan Mila bersama Tuan Asben). Kami planning utk menonton wayang "OMBAK RINDU" tapi tiket abis. huhu. Akhirnye, kami berjimba2 ke tempat lain. hehe. Seronok keluar dengan mereka sume. Terima kasih ducapkan kepada Tuan Shahrul yang sudi membawa kami berjalan. Lain kali boleh bawa kami berjimba2 lg iye. hehe.

di bawah ni ada gambar2 utk u oll  :)

 Bersama Datin Ain ;p
 Suke gambar ni oke. cantek! ;)
 Bersama Kak Mila n Ensem Boy Haikal ;)
Riang Ria. Cumelkan kami ;)
Jeng.. Jeng.. itu saya. ;p

Tuesday, 13 December 2011

Bila Sang Helang Melamar Si Merpati (12022011)

12 Februari 2011 - Tarikh Pertunangan Kami





Seandainya telah kau catatkan dia milikku
Tercipta buatku dekatkanlah ia padaku
Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagian itu abadi