--->> Sekadar Mengetahui
Bukan senang hendak mengekalkan kebahagiaan rumahtangga terutama dalam zaman yang penuh dengan dugaan ini. Keperluan utama untuk mengekalkan kebahagiaan adalah konsisten mengekalkan suasana romantik dalam hubungan anda bersama pasangan anda. Berikut adalah 5 tips bagaimana hendak mengekalkan suasana romantik dalam rumahtangga sepanjang masa.
TIPS 1 : Jaga Penampilan Diri
Perlu sentiasa menjaga penampilan diri supaya nampak seksi dan menawan di mata pasangan masing–masing. Bagi lelaki, anda perkemaskan diri anda sepenuhnya. Jangan serabaikan muka anda dengan jambang yang tidak kemas dan sebagainya. Pakai baju yang seksi dan sasakan badan untuk sentiasa di perhatikan oleh isteri. Bagi isteri pula, hiasi diri ketika bersama suami di dalam rumah. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa mewangikan diri anda dengan wangian–wangian menggoda dan sensual. Pakai pakaian yang boleh menarik perhatian suami. Tukar penampilan rambut supaya suami tidak jemu melihat gaya yang sama sahaja. Wah!! gituuuuu...
TIPS 2: Perbanyakkan Sentuhan Sayang
Sentiasa menyentuh pasangan dengan perasaan sayang. Ketika berdua berjalan di luar, pegang tangan pasangan. Jangan lepaskan kecuali perlu. Ketika ada pulang ke rumah, peluk pasangan anda, cium dia, urut dia dan ucapkan kata-kata sayang. Jangan segan dan ego untuk lakukan perkara ini walaupun kelak sudah berusia. I Like..!!
TIPS 3: Bermain Cinta
Apabila bercakap, gunakan perkataan yang menggoda seperti sayang dan sebagainya. Pandang mata pasangan, tepat pada matanya. Sentiasa mendengar pasangan bercerita sehingga habis. Puji pasangan anda secara santai dan spontan. :))
TIPS 4: Wujudkan Suasana Romantik Di Rumah
Pastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan teratur. Apabila rumah kemas, akan rasa lebih tenang. Bagi lelaki, sentiasa tolong pasangan menguruskan rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Lakukannya bersama–sama dengan gembira dan santai. ♥♥♥
TIPS 5: Amalkan Kehidupan Seks Yang Sihat
Sentiasa ketahui kehendak seks pasangan. Perbaiki diri jika ditegur oleh pasangan. Katakan anda tidak puas, nyatakan masalah anda tersebut pada pasangan jika itulah apa yang dialami oleh anda. Selepas mengadakan hubungan seks, anda boleh mandi bersama–sama. Sentiasa mengubah posisi seks juga boleh memberi kepuasan yang berlainan setiap kali melakukan hubungan seks. Hehee. Malu nak tulis yg ini. :)
p/s: Kekawan info ini untuk menambahkan pengetahuan bersama. Sayang pipi kiri. sayang pipi kanan. jaga diri.. :D