Friday, 13 January 2012

Redha dengan suratannya :(

Tiada apa yang hendak disesali oleh suratannya. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Kesilapan tidak mengenal darjat atau pun pangkat. Subjek manusia akan selalu melakukan kesilapan. Kita sebagai manusia tidak boleh menghukum seseorang tanpa penjelasan dan bukti yang kukuh.



Ini dinamakan redha dengan qada'.
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. iaitu mereka memuji Allah (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.


Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata:

"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan: 

" Segala puji bagi Allah atas segala perkara".

"Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : 

jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya.
Melainkan hendaklah kamu katakan: 
Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka, ia perbuat! 
"Kerana sesungguhnya perkataan: 
Andai kata... itu memberi peluang pada syaitan". 
(Riwayat Muslim)".

*Kalian, sekiranya kita membuat kesilapan janganlah mudah menyalahkan satu sama lain. Berusahalah mencari jalan penyelesaian bukan menunding jari sesama kita. Semoga Allah akan melindungi kita semua. Amin.