Monday, 30 January 2012

:3 Months ♥ 3 Weeks ♥ 4 Days:


sabar itu membawa kebahagian
♥ BFF 



Inilah kawan2 sy yg sy tinggalkan kat JB tu.. 

best tau dapat kwn ngan dorg ni. Sporting giler.

Bila jumpa bykla gosip2 hangat~~ biasela wanita

Bila kami rindu, kami chat! kami calling2!

Bila Sy balik kg halaman, dorang akan plan utk keluar bsama!

Bila sy blk Jb sy xnak blk KL. sebab dunia sy di johorean! 

I love u so muchhhh ♥ 

Friend foreve  

Daripada 4 org di atas. sorang je da kawen. Yg lain cominggg sooon :)
Ini kawan sy yg paling sy RESPect! Ieta a.k.a Mummy Iman. Die paling nakal time skool.
Tp, now da ada anak sorang.
 Semoga menjadi sorang wife yg baik utk family :)
My BFF --> Asmida! Vokal bukan sekadar rupa tau! hahaa.
Kawan sy yg baru je kawen akhir thn lepas. Shafiqa a.k.a ika!
Smoga menjadi  isteri yg mithali :)
:)

Lain masa kita jumpa lg. Bye! Hug u oll.. (,")

Sunday, 15 January 2012

--->> Sekadar Mengetahui

Bukan senang hendak mengekalkan kebahagiaan rumahtangga terutama dalam zaman yang penuh dengan dugaan ini. Keperluan utama untuk mengekalkan kebahagiaan adalah konsisten mengekalkan suasana romantik dalam hubungan anda bersama pasangan anda. Berikut adalah 5 tips bagaimana hendak mengekalkan suasana romantik dalam rumahtangga sepanjang masa.

TIPS 1 : Jaga Penampilan Diri
Perlu sentiasa menjaga penampilan diri supaya nampak seksi dan menawan di mata pasangan masing–masing. Bagi lelaki, anda perkemaskan diri anda sepenuhnya. Jangan serabaikan muka anda dengan jambang yang tidak kemas dan sebagainya. Pakai baju yang seksi dan sasakan badan untuk sentiasa di perhatikan oleh isteri. Bagi isteri pula, hiasi diri ketika bersama suami di dalam rumah. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa mewangikan diri anda dengan wangian–wangian menggoda dan sensual. Pakai pakaian yang boleh menarik perhatian suami. Tukar penampilan rambut supaya suami tidak jemu melihat gaya yang sama sahaja. Wah!! gituuuuu...

TIPS 2: Perbanyakkan Sentuhan Sayang
Sentiasa menyentuh pasangan dengan perasaan sayang. Ketika berdua berjalan di luar, pegang tangan pasangan. Jangan lepaskan kecuali perlu. Ketika ada pulang ke rumah, peluk pasangan anda, cium dia, urut dia dan ucapkan kata-kata sayang. Jangan segan dan ego untuk lakukan perkara ini walaupun kelak sudah berusia. I Like..!!

TIPS 3: Bermain Cinta
Apabila bercakap, gunakan perkataan yang menggoda seperti sayang dan sebagainya. Pandang mata pasangan, tepat pada matanya. Sentiasa mendengar pasangan bercerita sehingga habis. Puji pasangan anda secara santai dan spontan. :))

TIPS 4: Wujudkan Suasana Romantik Di Rumah
Pastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dan teratur. Apabila rumah kemas, akan rasa lebih tenang. Bagi lelaki, sentiasa tolong pasangan menguruskan rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Lakukannya bersama–sama dengan gembira dan santai. ♥♥♥

TIPS 5: Amalkan Kehidupan Seks Yang Sihat
Sentiasa ketahui kehendak seks pasangan. Perbaiki diri jika ditegur oleh pasangan. Katakan anda tidak puas, nyatakan masalah anda tersebut pada pasangan jika itulah apa yang dialami oleh anda. Selepas mengadakan hubungan seks, anda boleh mandi bersama–sama. Sentiasa mengubah posisi seks juga boleh memberi kepuasan yang berlainan setiap kali melakukan hubungan seks. Hehee. Malu nak tulis yg ini. :)

p/s: Kekawan info ini untuk menambahkan pengetahuan bersama. Sayang pipi kiri. sayang pipi kanan. jaga diri.. :D



Saturday, 14 January 2012

Astro Beyond from 

Besar jugakkan box beyond ni?? Dalam box tu ada piring dia..

 Ni box beyond decoder.

Decoder..

Remote...

Terima kasih bebanyak tau panggil installer utk pasang Astro beyond untuk sy. Hilang cikit boringnye. hehe. Nnt sy blanje awk makan oke . tQ again. Love u 

AKTIVITI MENGECAT.. 

Hye Kekawan..Selamat Pagi?? Pepagi bangun, x solat.. maklumlah cuti2 malaysia. Macam biasa minggu2 sebelum, bangun pagi cuci muka, mandi dan teruskan xtiviti mingguan dengan mengemas umah. mopping, lap2 habuk. Minggu ini, baju hantar dobi je. jangan ckp sy malas tau.. Masalah mesin basuh rosak dan nak tunggu ganti baru je. huhu. kesian kan?? Kalau minggu sebelumnye, sy pegi opis menyiapkan keje2 yg tertunggak. Tp, utk minggu ini, rehat dan chilll jap kat umah. Selepas mengemas n mopping bagai.. Teringat utk mengecat umah. bkn byk pun.. cikit je. kat part dapur. Nak jadikan cerita, dl sy punye umah bertemakan merah hitam. So, ada sticker bunga merah hitam kat part tu. Sticker tu sy cabut dan cat kat dinding tu ikut tanggal sama. Jadi, xcantik lorhh. Saya dengan rela mengecat semula disebabkan curtain umah da berubah kaler. Bile ade sedikit sticker bunga merah itam tu xcantikla kan. xkan nak pakai curtain tale + sticker bunga merah itam kan?? memang xcantik. tp, kalau u olll kata cantik itu namanya seni.. hehe :)

Korang, nampak x kat dinding tu?? cat tercabut. Nampak buruk kan??

Small saiz colorlite paint

Bersedia utk mengecat..... 

Bersungguh-sungguh tu kan??? Hahaaa.

 Tadaaaa.. Pandai x sy mengecat?? Hihik..

Inilah hasilnye. kemas kan?? hehee..


Akhirnye, selesai suda keje2 mengecat. byk plak cat ini lebih.. Nak watpe ek? Simpanlah dalam stor mana tau esok2 nak pakai lg kan. Sejuk cikit mata memandang. hehe :)) 


Dalam hati ada dia 
Cuba korang tgk di bawah ini.. Hahaa. :p

Repeat topic. Padahal time sekolah dl semua bab da sentuh.
Kali ini study lg utk Memasuki Gerbang Perkahwinan. :)))

Alhamdulillah. Syukur dan akhirnya ambil dan dapat jugak ini SIJIL.. :))

TEMA PERKAHWINAN KAMI. LOVE IT

Yang mane satu jadi pilihan hati kami ??.. Hahaa.

Tema 1st adalah  TEA ROSE & SALMON (The new PINK). Sweet.
Pompuan dan warna pink tidak dapat dipisahkan.  I am tired of u olls semua nak buat colour pink yang sepink-pinknya.  So,  kalau u olls nak buat pink jugak,  why not u olls tukar sikit atau mix match dengan warna tea rose ataupun salmon.  Tea rose dan satu lagi ialah salmon (ikan yang ampa makan mentah-mentah kat sushi tu).  Colour ni memang sangat sesuai untuk u olls buat colour lembut and pastel gitu.  U olls jugak boleh mix dengan warna off-white dan cream untuk dapatkan dekorasi ala-ala English wedding gitu. 

Dapat tak idea ni?  Dia sangat soft,  ada ala-ala oren sikit.  Macam peach pun ada. :)


Tema 2nd adalah  TEAL (Abang kepada Turquise). LIKE. :)))
This is not blue,  this is not green,  this is definitely not turqoise!  Inilah teal.  YES!!!!!!!!!!! Colour ini sangat cantek untuk modern atau traditional wedding.  Sesuai untuk majlis siang atau malam. LIKE. LIKE. hehe.

nice rite!!


Teal ini juga sangat sesuai untuk mix dengan colour soft example cream + silver.  

Tema 3 adalah ROYAL BLUE.
Amazing how warna ini boleh masuk dengan canteknya dengan warna kuning kan?  U olls mesti takut kan?  Tapi sebenarnya,  memang cantek kalau warna ini dicampur berdua.  Tapi u olls kena pandai pilih the right shades dan kat mana nak play with these two colours.  Silap aribulan nampak macam muje ranggede tau.




Tema 4 adalah EMERALD GREEN.
U ollls! Dulu Ziana Zain buat colour ni masa dia kawen dulu.  Why not sekarang kita start balik trend ini?  Kalau pakai dress hijau ini dengan bunga rose merah besak-besak cantek u olls!  Colour ini sangat sesuai untuk u olls yang nak buat klasik tradisional wedding.  Songket hijau emerel adalah sangat menampakkan u olls seorang pengantin yang mahal!

Ini contoh kalau u olls nak buat something yang lebih modern.  U olls gabungkan dengan warna kelabu dan offwhite.  Dapat inspirasi?

So, itulah 4 TEMA yang yang menjadi pilihan. So, nantikan TEMA mana yang menjadi pilihan YA.. :))
.Aku   kamuSelamanya.






Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. 
Ya Tuhanku, Aku akui kekuasaanmu, nikmat lagi rahmat buat diriku tidak terbalas olehku. YA ALLAH. YA TUHANKU, Hambamu ini mensyukuri rahmat yang kau beri, umpama rezeki yang melimpah ruah. YA ALLAH. Alhamdulillah. Dengan rahmatMU YA ALLAH, Kau pertemukan kami, Maka satukanlah hati kami, Titipkanlah rindu antara kami, Mekarkanlah cinta antara kami. Lantas, peliharalah kami YA ALLAH, teguh dalam syariat agama islam.
        YA RAHIM, Permudahkanlah jalan jodoh kami. Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur dengan rahmatMU.
YA ALLAH, Sinarilah hati kami dengan NUR IMAN yang bergemelapan agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya pinjaman sementara.
AMIN. AMIN. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Ombak Rindu by Adira n Hafiz

Friday, 13 January 2012

Redha dengan suratannya :(

Tiada apa yang hendak disesali oleh suratannya. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan. Kesilapan tidak mengenal darjat atau pun pangkat. Subjek manusia akan selalu melakukan kesilapan. Kita sebagai manusia tidak boleh menghukum seseorang tanpa penjelasan dan bukti yang kukuh.



Ini dinamakan redha dengan qada'.
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. iaitu mereka memuji Allah (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.


Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata:

"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan: 

" Segala puji bagi Allah atas segala perkara".

"Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : 

jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya.
Melainkan hendaklah kamu katakan: 
Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka, ia perbuat! 
"Kerana sesungguhnya perkataan: 
Andai kata... itu memberi peluang pada syaitan". 
(Riwayat Muslim)".

*Kalian, sekiranya kita membuat kesilapan janganlah mudah menyalahkan satu sama lain. Berusahalah mencari jalan penyelesaian bukan menunding jari sesama kita. Semoga Allah akan melindungi kita semua. Amin.

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang    tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika   dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


:)
Petua Kecantikan Untuk BAKAL PENGANTIN


Share untuk u olll. hehe. :)


1. Bunga Mawar
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinana. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, fatihah dan ayat  Nabi Yusof sebelum memakannya.


2. Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini dapat menghilangkan lebam di bawah mata serta menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.


3. Lobak
Kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan selama 1/2 jam.


4. Tomato
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji didalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas.


5. Avacado
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah. cubalah buah avacado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat.


6. Limau Purut
Menghitamkan rambut dan menghilangkan kemumur. Sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap.

Selamat Mencuba (,").. 

Tuesday, 10 January 2012



Korang semua mesti pernah ada jerawat kan? Selalunya jerawat akan meninggalkan kesan parut dan bukan mudah nak hilangkan parut jerawat tu. Produk-produk kat kedai pun belum tentu betul-betul dapat hilangkan parut jerawat tu.
Ni ada cara nak menghilangkan bekas jerawat yang nak share ngan korang ni. Korang try la, InsyaAllah parut akan berkurangan dan hilang. Ada banyak tips ni korang boleh la try satu-satu dan tengok yang mana sesuai dan berkesan untuk korang.
1.  Campurkan madu dan bedak sejuk kemudian sapu di parut jerawat anda.
2. Ambil sepotong ubi kayu dan kupas kulitnya. Buangkan kulitnya. Kemudian bersihkan dan parutkan ubi kayu tersebut.Selepas itu perah untuk dapatkan airnya. Sapu air tersebut pada bekas jerawat anda.
3. Campurkan madu lebah dengan kulit kayu manis yang telah di asah. Sapu di muka yang berparut pada waktu malam. Cuci dengan air suam  pada esoknya. Amalkan 3 kali seminggu.
4. Ambil 10 helai daun sireh dan tumbuk daun tersebut. Kemudian sapu pada tempat berparut. Cuci setelah ianya kering.
5. Kisarkan timun dan tapis airnya. Hampas timun tersebut sapukan di muka anda. Selepas setengah jam, cuci dengan air suam.
6. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya. Lumurkan jus lemon tersebut ke muka 2 kali sehari dan minum jus lemon 1 kali sehari.
7. Gunakan daun lidah buaya. Ambil jelnya sahaja dan lumurkan pada kawasan berparut. Bilas dengan air suam setelah kering. Jelnya juga boleh di buat jus dan minum 1 kali sehari.





Diterangi dengan Cahaya Iman. InsyaAllah.

Ari Lasso & Bunga Citra Lestari - Aku Dan Dirimu

Sunday, 8 January 2012

Oyeahh!! Boleh Kahwin :)




Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ini. Syukran.. Minggu yang sudah, 7 dan 8 Januari 2011 (Sabtu dan Ahad) adalah hari yang sangat membuatkan hatiku gembira apabila kami berdua telah bercadang untuk mengikuti KURSUS PERKAHWINAN, bertempat di Presint 9, Putrajaya yang dihadiri seramai 110 Orang. Kebiasaan juga, dimana-mana tempat dipenuhi dengan wanita2 .



Banyak pelajaran yang telah disampaikan oleh ustaz dan ustazah. Ketawa sehingga tidak ingat dunia. Semua penceramah sporting dan langsung tidak membuatkan kami sume mengantuk. Tajuk yang dketengahkan adalah Cara menguruskan kewangan dan masa yang baik, kesihatan, akidah dan akhlak, prosedur perkahwinan dan sebagainya. Semua subjek dijelaskan sangat penting dan jelas. Semoga kami berdua dapat menjalani bahtera kebahagian didunia dan diakhirat.


Matlamat berkahwin kami adalah untuk mendapat:


1. Ketenangan;
2. Keseronokan; dan
3. Kebahagian.


Semoga Tuhan memberi kami kebahagian yang abadi. Amin :))


Lastly!! Oyehhhh.. kami da boleh kahwen. hehe ;p

Friday, 6 January 2012

SOGO, MID VALLEY, THE MINES & PUTRAJAYA

Hye, u ollls.. Assalamualaikum. cuti2 ni best berjalan dengan orang tersayang kan? hehe. Bukan senang ajak  Enche Abg saya masuk KL. Kalau xde tujuan mmg TIDAK ler kan.. nak menempuh jamned, panas lg.. memang hot laa. hehe. So, sampai ke destinasi 1 iaitu SOGO, Kuala Lumpur. Ingat nak cari handbag! tp, malangnye sales da abes. nak kena tunggu tahun baru cina plak. okeyla. Lepas membuat keputusan kami bercadang nak g hari sabtu 7hb. Time tu SALE tahun baru cina da start. xcited nak g. hihik. Tambahan, time tu ada Kursus Kahwin. Myb kami g malam kot. hehe. harap2 beg yang saya mau tu ade la SALE.hehe. So, lps jalan2 dekat Masjid India, kami singgah kat SEMUA HOUSE! Cari alQuran @ Tafsir. Kami grab alQuran. Kawan2 yang nak cari alQuran blh g sana. Cantek2 tau. hehe :)

Destinasi yang ke 2 adalah MID VALLEY. Ini Enche Abg sy punye cadangan. saja jejalan Window Shopping if ade yang berkenan boleh beli kan. x berkenan kami cuci2 mata je. lepas tu snap picture. hahaa. memang ENJOY!! besttttttt woooooooo... Ade cikit gambar comel dr kami. hehe :p

Cover ayu kan?? Maklumla Enche Abg yang snapkan.. hehe :)
:)))
Destinasi ke 3 iaitu The Mines.. jejalan cuci mata + window2 shopping jer dan menanti makan malam. hehe. Mmg masyukkk makan dekat Mcd (Ayam goreng mmg sedap.. spicy2 gitu.. mmg hot) + KFC (chezzy Wedgest.. my fovourite oke). Saya memang suda kuat makan skrg. hahaaa. gumuk cumel oke. hehe :)


Lastly, balik Putrajaya. letih teramat rsnye. tp, seronok. terima kasih Enche Abg. Sayang Awak dunia akhirat! :)D